6 Penawar Sakit Hati
6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasulullah
Mari mengubat sakit hati cara Rasulullah
Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi, manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi, manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.
Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau
ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria.
Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?
Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri
kita sendiri.
Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak
bermaksud menyakiti.
Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi
syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat
material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.
Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain
memiliki kelebihan melebihi dirinya.
Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki
menghilang
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang
diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang
benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal.
Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong,
dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah
kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus
kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak
yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah
kamu merasa jijik kepadanya.”
(QS. Al-Hujurat : 12).
kamu merasa jijik kepadanya.”
(QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslimberburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain.
Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini yang tidak benar.
Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung
untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan,tetapi cukup berat untuk
dilakukan.
Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya
dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.
Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik
kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah, Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..
6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasulullah
Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi, manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.
Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?
Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.”
(HR. Bukhari).
(HR. Bukhari).
3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.”
(QS. Al-Hujurat : 12).
(QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain.
Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini yang tidak benar.
Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.
Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..
Penawar Berkesan Merawat Penyakit Hati
Berbicara soal hati, tiada siapa dapat menafikan bahawa hati itulahpunca segalanya. Hatilah penyebab seseorang itu bahagia. Hati jugalah
penyebab jauhnya seseorang dengan pencipta-Nya. Jika baik dan terjaga
hatinya, maka baik serta elok juga perilaku dan hidupnya. Begitulah juga sebaliknya. Hati anda bagaimana?
Syeikh Ibrahim al-Khawwas, seorang ulama ada menyebut:
“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati
kamu dengan lima perkara tersebut.”
Penawar #1
– Membaca Al-Quran dan Memahami Maksudnya
yunus57
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Surah Yunus: 57)
Ayat ini jelas menyatakan Al-Quran itulah penawar terbaik untuk penyakit hati yang ada dalam diri kita. Namun, sejauh mana kita pada hari ini membaca, memahami dan mengamalkan kalam Allah yang ada di dalamnya?
Basahkan lidah dan sirami hati kita dengan keindahan ayat al-Quran.
Fahami setiap bait dan pengajaran yang ada di dalam al-Quran. Hati dan
jiwa yang sentiasa dekat dengan al-Quran pasti akan lebih tenang dan
tenteram.
Justeru, penyakit hati yang ada atau yang tersisa akan semakin menjauh.
Penawar #2
– Kosongkan Perut dari Terlalu Kenyang atau Berpuasa
Setiap orang yang hidup perlu makan. Tapi jangan sampai hidup kita semata-mata untuk makan sahaja. Banyak makan, nanti berat untuk beribadah. Apabila badan berat untuk beribadah, lama-lama hati akan keras. Nauzubillah.
Mungkin kita diberi kurnia dan rezeki yang melimpah. Ya, tidak salah
untuk kita makan. Namun, berpada-padalah. Jangan sampai membazir dan membuatkan kita bermalas-malasan dalam beribadah kepada Allah.
fasting puasa tahan lapar
Badan yang sihat mengamalkan pemakanan yang terkawal.
Cara terbaik untuk kita mengawal nafsu makan adalah dengan berpuasa.
Bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah nafsu yang lain-lain
juga. Malah dengan berpuasa, banyak ganjaran pahala yang bakal kita dapat.
Hati kita pun akan terjaga. Insya-Allah.
Penawar #3
– Bangun Beribadah Pada Waktu Malam
Tidak ramai, malah sukar untuk kita jumpa orang yang sentiasa melazimi
ibadah malam.
Sedangkan pada waktu malam itulah waktu paling sesuai untuk meluahkan
segalanya pada Yang Maha Esa, tatkala jiwa yang lain masih lena dibuai mimpi.
Dalam Surah Al-Muzzammil ayat 6 ada menyatakan bahawa:
almuzzammil-6
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada
jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. (Surah Al-Muzzammil: 6)
Cuba untuk mulakan dari sekarang. Sekali seminggu mungkin. Lama-kelamaan dengan izin Allah, kita dapat bangun setiap malam. Insya-Allah.
Dengan beristiqamah untuk bangun pada malam hari, hati dan jiwa akan
lebih terisi. Kita juga akan sentiasa berasa betapa lemahnya kita di
sisi Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Bangun dan beribadahlah.
Penawar #4
– Sentiasa Mendekatkan Diri Kepada Allah
Hati ini milik Allah. Maka Allah lah sebaik-baik penjaga.
Apabila kita kenal dan dekat dengan Allah, pasti kita akan berasa lebih
bahagia. Jiwa kita akan lebih tenang dan yakin bahawa segala-galanya
datang daripada Allah. Hati kita juga pasti akan terubat dan tidak berkarat.
night prayer tahajjud
Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya.
Antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah dengan
memperbanyak amalan sunat seperti qiamullail, sedekah dan berzikir.
Berkomunikasilah dengan Allah dan sentiasa berdoa agar dijauhi penyakit
hati.
Mintalah dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Penawar #5
– Membiasakan Diri ke Majlis Ilmu
Pernah tak kita kita terfikir, berapa banyakkah masa kita diisi dengan
majlis-majlis ilmu terutamanya berkenaan ilmu agama?
Orang yang sudah berkarier sibuk dengan kerjanya. Yang masih belajar
pula tekun bersedia untuk peperiksaannya. Hampir semuanya sibuk dengan hal-hal dunia sampaikan lupa untuk memberi masa untuk agama.
majlis ilmu ceramah
Pupuklah diri dengan majlis-majlis ilmu.
Apabila kita sentiasa berada dalam majlis ilmu yang dihadiri alim ulama,
lambat laun, kita akan terikut-ikut dengan tingkah laku, perbuatan dan
percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah.
Selain dapat menambahkan ilmu, kita juga dapat membentengkan diri
daripada ancaman penyakit hati yang mudah untuk menyerang jiwa yang
lalai dan leka.
“Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajarkan kamu.”
Riwayat Ath-Thabrani
Rumusan
Amatlah penting untuk kita tahu dan elakkan diri daripada penyakit hati
ini meresap dalam jiwa.
Hati yang penuh dengan karat dan langsung tidak diisi dengan zikrullah
pasti akan selamanya jauh daripada Allah dan sukar untuk mendapat
hidayah. Nauzubillah.
Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa berada dalam keadaan hati yang bersih dari segala penyakit hati yang akan membuatkan kita lalai dan leka kepada Allah. Mudah-mudahan Insya-Allah.
Komentar
Posting Komentar